Cahaya Harapan Mulia Ketenangan

Puchong, Selangor, Malaysia
Assalammuaikum....

Sunday, July 27, 2008

Melaka 25/07/2008

Jom kita ke Melaka...

Aktiviti ini tak ada dalam perancangan tahun ini, asal ke Melaka ada kerja.. sebagai bukti tengok Arman pun pakai kemeja macam nak ke opis...

Keluar rumah awal pagi, pergi cari pejabat pos lebih kurang 9.30pagi betul2 mulakan perjalanan...

Nasib kurang baik., sepanjang perjalanan hujan so tak boleh bawa kereta laju sangat jalan tak biasa dan banyak angin lintang lagi pun klu kena saman company tak nak bayar....

Kami sampai Melaka dalam pukul 11 lebih, terus cari MMU. Payah nak jumpa pasal signboardnya amat le mengkompuiskan. Tanda kiri bila masuk rupanya simpang depan lagi... pening... selesai urusan di MMU dalam pukul 12.10 nak cari MITC dah tak sempat dah... so tunggu le lepas Jumaat...

Lepas Jumaat terus ke MITC sampai situ kul 2.10 petang, tanya kaunter opis mula pukul 2.45. Tunggu lagi...

Siap urusan di MITC dalam jam 3.40. Nak balik opis pun dah tak sempat, makan tengahari pun lom lagi. Gi cari makan dulu lah, tapi semua kedai lauk dah abis nak makan apa pun tak tahu....

Alang-alang dah sampai Melaka masuk le Bandar Hilir, last ke Bandar Hilir ni ada dalam 14 tahun lepas. Masa tu sekolah lagi... Tak de makan yang menarik dan tak tahu nak cari di mana, pikir punya pikir alang2 dah sampai Melaka ni apa lagi pergi Umbai le....

Tengok lauknya fresh tapi sayang masaknya kurang kena ngan tekak... sabau je lah...

Kalau sesiapa yang belum pernah ke sini baik lah pergi... dah banyak berubah. Lagi pun Melaka ni dah dapat pengiktirafan sebagai Bandaraya Warisan Dunia....

Orang asing sibuk datang ke Melaka, kita pergi pun tak pernah... rugikan... Sebenarnya saya ni kalau tak sebab kan kerja tak sampai juga ke Melaka ni...

Antara yang menarik mereka ada jumpa kubu baru di Melaka dalam tahun 2005, hingga sekarang masih lagi dalam proses cari gali. Yang lain Muzium aje ada 60 lebih.., Makam Hang Jebat, A Famosa, Zoo Melaka cantik.., Rumah Baba Nyonya, Dataran Pahlawan, River Cruise Taman Rempah & paling baru Menara Taming Sari kalau tengok dari bawah tak nampak macam keris kena naik baru nampak hulunya.... tapi dengan ketinggian 80 meter seluruh Bandar Melaka boleh kita nampak siap Selat Melaka sekali.

Lagi satu yang menarik apa lagi beca lah 1 jam chargenya RM40. Sembang dengan Abang Rahmat Beca, banyak info boleh dapat, siap setiap pelusok dia jelajah... Ni nombor phonenya kalau nak gula khidmatnya 017-2594171. Tak rugi...















Gambar kurang memuaskan sebab guna handphone je... kalau nak tengok gambar lagi sila ke photopage saya. Linknya ada di sebelah...



2 comments:

mus said...

comell nye arfa..
baca buku ape tu??

Farani Arman Arfa Amni said...

mal dia tengah baca map zoo. dia kata dia pandai baca, klu tengok betul2 map tu arfa baca terbalik... dia tak sabar tunggu mal balik nak naik kapal terbang...