Cahaya Harapan Mulia Ketenangan

Puchong, Selangor, Malaysia
Assalammuaikum....

Wednesday, May 4, 2011

iCT Shah Alam

iCT Seksyen 7, Shah Alam. Pergi ari tu 3 April 2011...

Kali ini pergi dengan ayang, kak ina & family....
Masuk tak ada bayaran just nak parking je kena bayar RM10.00. Rasanya mahal gak le...

Memang le diorang nak bayar bil tapi cam tak patut je... Pastu kat dalam tu ada gak tempat2 yang kena bayar...

Sebabkan anak nak pergi tengok bawa lah juga... Sekurang-kurangnya kalau orang tanya dia dah tahulah tempat tu macam mana...






Birthday Ayah, Balqis & Arfa

13 March 2011..
Sambutan Ulang Tahun Ayah (Alias Mat Noh), Nur Anisa Balqis & Arfa Zulaika.

Sambutan secara ringkas je... just jemput pakcik n makcik.


Tahun ni genap balqis 3 tahun & arfa 6 tahun.... Dua-dua nak birthday cake princess. So layan jelah kan..

Ayah mak buatkan pulut kuning sebabnya ayah bukannya minat sangat kek ni...

Kek Birthday Balqis & Arfa fara buat kek sponge je... vanilla & coklat. Budak-budak lebih suka sponge cake dari kek lain.
Topping guna buttercream 100%.

Menu hari ni bbq ikan, ayam, kambing, sosej, bebola, nasi & meehoon goreng. Simple hanya untuk meraikan birthday ayah, balqis & arfa. Hope semua gembira...






Monday, December 6, 2010

Cuti Sekolah 2010


Salam...
Hi... lama betul tak update gamboo kat blog ni... sibuk le, pastu camera pun tak de...
Kalau dqmal ada leh gak tumpang camera dia...
Walaupun jadi suri rumahtangga sepenuh masa, masa still tak cukup... maybe lum biasa lagi kot.... Hope tahun baru ni semua okey.... Amni pun dah nak masuk 2 tahun, Arfa 6 tahun. Memandangkan sekarang musim cuti sekolah so nak cite sikit le aktiviti cuti sekolah ni......

Mula je cuti sekolah fara & arman bawa anak2 ke ZOO Negara, pergi hari isnin so orang tak ramai arfa n amni nak jalan pun senang..... bebas....
Sorang suka tengok hippo sorang suka tengok gajah, mak n abah layan je lah kerenah anak-anak. Yang penting balik tak de yang cakap tak puas pergi zoo..
Seronok lah Amni dan Arfa, balik pun sebabkan hujan, dalam kul 4pm. Kalau tak hujan mau tunggu lagi kot...

Aktiviti seterusnya ke IOI Mall, Jaya Jusco Puchong. Tak tahu nak kemana lagi pun arman kerja malam. Budak2 tu gembira je main, daniel pun ikut gak...
Main lama gak le sampai dah tak nak main dah le... Pastu bawak pergi makan, malam abah pergi kerja.....
Paling baru ke MAHA, Mardi Serdang. Masuk just kena bayar parking RM3. Kalau awal dapat le parking dekat kalau lambat jauh gile... Tapi kat dalam tu di sediakan bas so tak de lah teruk sangat nak jalan....
Petugas-petugas pun bagus-bagus, sangat-sangat beri kerjasama buka je map diorang pun sampai terangkan tempat, cam ne bas beroperasi.. Just makan jelah mahal sikit....
Arfa dapat le tunggang kuda, amni tak nak takut....
Menagis-nagis tak nak...
Kitorang dapat rasa kerepek nenas, tengok baju dari benang nenas memang tak percaya....
Tengok sawah padi, rumah negeri...
Sape tak pergi memang rugi le bayak benda menarik.......






Wednesday, August 19, 2009

Amni Zuyyin binti Arman

Salam...

10 Julai 2009, pukul 1:15 petang Amni Zuyyin selamat dilahirkan............

Ini lah anak ke-2 Fara & Arman. Tak tahu leh rupa sape... tapi yang pasti hari-hari kami semakin indah kerana rezeki dari Allah ini.




Emak doakan Amni & Arfa menjadi anak yang solehah dan sentiasa di lindungi Allah. Amin.

Nampak gayanya lambat lagi lah untuk update seterusnya maybe selepas Aidilfitri.

Memandangkan kita akan menyambut Ramadan Sabtu ni Insyaallah... Fara Arman Arfa Amni mengambil kesempatan ini meminta Maaf pada semua jika kami ada melakukan kesalahan pada anda & " Selamat Berpuasa & Semoga Ibadat Kita di terima oleh Allah"... Amin

Friday, March 20, 2009

Holiday.... Langkawi


Salam.... lama betul fara tak upload gambar bukan tak nak tapi camera hilang... dah le camera Ain. Gambar kali ni pun tumpang Dqmal, Bair & Yana.

Percutian kali ni secara besar besaran 14 orang semuanya. Mak, ayah, bajan, fara, arman, arfa, yana, izwan, balqis, yati, bob, ain, bair n dqmal...

Kami bertolak 05/02/2009 & balik 09/02/2009 naik air asia. Tiket murah RM140 pergi balik.....
Flight pukul 11 pg, 45 minit sampai...

Sampai-sampai sewa van senang sekali jalan...
Hantar barang ke appartment pastu keluar ke Pekan Kuah makan tengahari... beli coklat sementara tunggu yati & bob sampai.... Bajan yang uruskan penginapan & van...

Yati sampai dalam kul 5 flight delay patut bertolak kul 2pm..... kata tayar rosak sabar je lah.... Yati dah sampai tu next place ialah Cable Car. Sampai je dah kul 6 lebih Cable Car tutup kul 7 rasa cam kesuntukan masa je... tak jadi lah naik... Maybe esok... Lupa nak bagi tahu urusan lawatan ain yang buat, di bantu oleh bair n dqmal...

Malamnya tak tahu nak makan kat mana kami beli makanan di Pasar Malam je... Saja nak rasa makanan orang Langkawi...





2nd day

Hari kedua ni di mulakan dengan naik bot pusing-pusing pulau langkawi...

Mula dengan Tasik Dayang Bunting... Lagendanya pasal Puteri Kayangan yang mengandung anak pertama tetapi anaknya meninggal sewaktu di lahirkan.Ikut kisahnya Puteri Kayangan kebumikan anaknya kat tasik ni lah...

Kerana kesedihan ini Puteri Kayangan berdoa sesiapa yang susah nak mengandung kalau mandi di tasik ini dia akan mengandung... Alllahualam....




















Di tasik ni ada beberapa aktivi
ti berkayak, kereta solar boleh mandi-mandi... Nak sampai ke tasik ni kita kena berjalan dalan 10minit juga lah dari jeti luar tu.. Tapi hati-hati ada banyak monyet jangan le bawa bag plastik nanti kena ragut dek monyet tu...

Lepas berjalan-jalan di tasik, kami di bawa pula melawat ke Pulau Singa kat sini banyak helang. Dapat le tengok cam ne helang turun ambil makanan di permukaan air biasanya di beri makan daging ayam...

Pulau terakhir ialah Pulau Beras Basah.. Pantai nya cantik tp dah tengahari dengan laparnya tak sanggup le nak mandi... jalan-jalan je lah.....

Dah habis setengahari naik bot....
Kami keluar hari makan tengahari lak... Lepastu ke Cabel Car pula... pemadangan cantik dari atas nampak Telaga Tujuh tapi airnya kering sebab musim kemarau....


Hari Ke-3

Hari ini nak cari air terjun... ikut perancangan ke Air Terjun Durian Perangan... Air sejuk...

Disebabkan musim kemarau airnya pun tak berapa cantik.. tempatnya kotor mungkin sebab tak berjaga....

Petang pula kami ke Pantai Tanjung Rhu..... Pantainya pun tak menarik nak mandi- pun tak best...

Malamnya kami makan seafood.. pagi tadi dah beli kat pasar sotong 3 kg, ikan kerapu 1 ekor, ketam 1kg & udang 1 kg. Dah lapar sangat lupa lak nak amek gambar... he.. he..



Hari Ke-4

Hari ke 4 mula dengan ke Water World... Tak le best sangat... Tapi Arfa nak masuk, masuk lah juga...

Lepas ke Water World kami ke Taman Buaya, Makam Mahsuri, Beras Terbakar, Telaga air panas (tutup under renovation) & Dataran Helang.

Petangnya kami ke pekan kuah shooping le.. beli pinggan.. beli t-shirt..tuala.. minyak gamat.... beli coklat semestinya..

Hari ke-5

Aktiviti hari ni shooping lagi...
Flight kul 4pm.. so sepanjang pagi tu gi shooping dan jalan -jalan je lah...

Kami sampai LCCT dalam kul 6 lebih sampai rumah dalam pukul 8:30.

Percutian kali ini memang best... berjalan tak behenti-henti & semua ada.. bukan senang nak tunggu semua free...

Tapi kecewa sebabnya langkawi dah tak secantik gambar yang ada.... Kali terakhir saya ke sini pun rasanya 12 tahun lalu.

Makanan pun mahal....

*** Harap Langkawi akan lebih menarik lagi bila kunjungan seterusnya***

Next trip tunggu dqmal balik cuti lagi lah...

Hope saya, yati n yana selamat bersalin...

Hope ain dapat kerja cepat-cepat..

Bair n Dqmal belajar rerajin yekk....

Kita semua sentiasa gembira dan sihat...

Love u all...











Sunday, July 27, 2008

Melaka 25/07/2008

Jom kita ke Melaka...

Aktiviti ini tak ada dalam perancangan tahun ini, asal ke Melaka ada kerja.. sebagai bukti tengok Arman pun pakai kemeja macam nak ke opis...

Keluar rumah awal pagi, pergi cari pejabat pos lebih kurang 9.30pagi betul2 mulakan perjalanan...

Nasib kurang baik., sepanjang perjalanan hujan so tak boleh bawa kereta laju sangat jalan tak biasa dan banyak angin lintang lagi pun klu kena saman company tak nak bayar....

Kami sampai Melaka dalam pukul 11 lebih, terus cari MMU. Payah nak jumpa pasal signboardnya amat le mengkompuiskan. Tanda kiri bila masuk rupanya simpang depan lagi... pening... selesai urusan di MMU dalam pukul 12.10 nak cari MITC dah tak sempat dah... so tunggu le lepas Jumaat...

Lepas Jumaat terus ke MITC sampai situ kul 2.10 petang, tanya kaunter opis mula pukul 2.45. Tunggu lagi...

Siap urusan di MITC dalam jam 3.40. Nak balik opis pun dah tak sempat, makan tengahari pun lom lagi. Gi cari makan dulu lah, tapi semua kedai lauk dah abis nak makan apa pun tak tahu....

Alang-alang dah sampai Melaka masuk le Bandar Hilir, last ke Bandar Hilir ni ada dalam 14 tahun lepas. Masa tu sekolah lagi... Tak de makan yang menarik dan tak tahu nak cari di mana, pikir punya pikir alang2 dah sampai Melaka ni apa lagi pergi Umbai le....

Tengok lauknya fresh tapi sayang masaknya kurang kena ngan tekak... sabau je lah...

Kalau sesiapa yang belum pernah ke sini baik lah pergi... dah banyak berubah. Lagi pun Melaka ni dah dapat pengiktirafan sebagai Bandaraya Warisan Dunia....

Orang asing sibuk datang ke Melaka, kita pergi pun tak pernah... rugikan... Sebenarnya saya ni kalau tak sebab kan kerja tak sampai juga ke Melaka ni...

Antara yang menarik mereka ada jumpa kubu baru di Melaka dalam tahun 2005, hingga sekarang masih lagi dalam proses cari gali. Yang lain Muzium aje ada 60 lebih.., Makam Hang Jebat, A Famosa, Zoo Melaka cantik.., Rumah Baba Nyonya, Dataran Pahlawan, River Cruise Taman Rempah & paling baru Menara Taming Sari kalau tengok dari bawah tak nampak macam keris kena naik baru nampak hulunya.... tapi dengan ketinggian 80 meter seluruh Bandar Melaka boleh kita nampak siap Selat Melaka sekali.

Lagi satu yang menarik apa lagi beca lah 1 jam chargenya RM40. Sembang dengan Abang Rahmat Beca, banyak info boleh dapat, siap setiap pelusok dia jelajah... Ni nombor phonenya kalau nak gula khidmatnya 017-2594171. Tak rugi...















Gambar kurang memuaskan sebab guna handphone je... kalau nak tengok gambar lagi sila ke photopage saya. Linknya ada di sebelah...



Monday, July 14, 2008

Happy Birthday Daim..

Happy Birthday 2u..
Happy Birthday 2u...
Happy Birthday 2 Zaim....
Happy Birthday 2u...

Ahad hari tu Birthday Zaim yang pertama....
Zaim ni anak Aim dengan Liza...
Kek ni hadiah dari Fara Arman & Arfa....
Kek 2 tingkat lagi, tu yang cakap kat aim even arfa pun tak dapat kek 2 tingkat...
2, 3 hari ni arfa lak sibuk mintak kek... Kata Arfa asyik buat kek orang je bila nak wat kek Arfa...
Barang dah beli tinggal nak buat je...
Hujung minggu ni lah kot....